Pages

o

o

Monday

Apple bakal lancar televisyen akhir 2013


New York: Apple Inc dikatakan sedang membangunkan televisyen yang akan didatangkan dalam dua saiz, 47 dan 55 inci sekali gus dijangka menjadi peranti yang paling dihajati sebagai hadiah menjelang musim perayaan hujung tahun depan.
Gene Munster dari Piper Jaffray, penganalisis Apple, dengan beberapa kejayaan jangkaan lampau berhubung syarikat itu, minggu ini dalam satu nota pelabur menyatakan beliau percaya Apple akan melancarkan televisyen menjelang suku ketiga tahun depan yang akan membabitkan pelbagai ciri tambahan.
Dalam nota yang diterbitkan semula dalam blog Apple Insider, beliau berkata: “Kami menjangkakan rekaan yang cantik menjadi ciri utama, tetapi ciri yang lebih penting adalah kebolehan menggunakan televisyen itu dengan pelbagai peranti.
Katanya, televisyen 47 inci itu akan dijual pada harga AS$1,500 (RM4,586) dan model 55 inci, AS$2,000 (RM6,115) apabila ia mula berada di pasaran November tahun depan.
Ia adalah khabar angin terbaru, beberapa minggu ini mengenai kemungkinan kemasukan Apple dalam pasaran televisyen.

Peringkat akhir
Minggu lalu, bank pelaburan Jefferies & Co mendakwa bahawa syarikat itu sudah pada peringkat akhir menyiapkan televisyen itu. Namun, pemeriksaan lanjut hanya dapat mengesahkan bahawa Apple memang sedang berhubung dengan beberapa pengendali televisyen kabel mengenai produk berkaitan televisyen.
Menurut Wall Street Journal, sumber berita pertama yang mempunyai jangkaan tepat terhadap iPad Mini, menyatakan produk itu akan menjadi imaginasi semula Apple TV.
Peranti itu kini membolehkan pengguna melayari kandungan daripada mana-mana peranti Apple hingga kepada televisyennya, namun ia percaya bahawa kesemua model baru kini dalam perancangan akan turut menyediakan fungsi seperti set kotak atas dengan gaya navigasi Apple dan paparan muka serta kemampuan untuk menghentikan dan mengulang siaran langsung televisyen.
Sementara itu di Ottawa, Kanada, saham Research In Motion (RIM) pengeluar telefon pintar BlackBerry yang juga antara pesaing Apple, melonjak lebih 15 peratus selepas pelabur positif dengan tinjauan masa depan syarikat itu terutama berkaitan pengenalan produk baru.

Lancar peranti baru
Kris Thomson dari National Bank Financial meningkatkan harga sasaran RIM, dengan menaruh saham itu akan naik ketika momentum meningkat bagi pelancaran sistem operasi baru Blackberry 10 dan dua telefon pintar baru.
Penganalisis Jefferies & Co, Peter Misek menggandakan sasaran harganya kepada Can$10 (RM30.70) dengan menyatakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu yang sedang menguji peranti baru itu mempunyai lebih banyak pandangan positif mengenai BB10 berbanding jangkaan.
Peranti terbaru RIM ditumpukan bagi meraih kembali momentum berbanding telefon pintar Apple dan telefon lain yang menggunakan sistem operasi Google Android.
Misek berkata, jumlah pengguna global RIM turun kepada kepada lebih 80 juta bagi suku sebelum ini, mengukuhkan laporan tindakan syarikat besar dan pelanggan kerajaan bertukar kepada iPhone Apple. - AFP
Read more...





A380 tarikan baru perkukuh khidmat MAS

Pesawat dijangka mampu tingkat jumlah penumpangPENERBANGAN Malaysia (MAS), memulakan era baru perkhidmatannya dengan menjadikan pesawat penumpang terbesar dunia, A380 sebagai tarikan utama mengukuhkan jumlah penumpangnya.
Pesawat itu dibawa pulang semula ke Malaysia semalam selepas menjalani kemasan terakhir di kilang Airbus di Toulouse, dengan warna serta hiasan korporat MAS yang baru menjelang penerbangan sulungnya ke London, esok.
Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata sambutan memberangsangkan yang diterima untuk penerbangan dua minggu pertama A380 memberikan isyarat sangat positif kepada syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Katanya, bersandarkan tempahan awal yang diterima, faktor muatan bagi pesawat A380 adalah 10 peratus lebih tinggi daripada yang dicatatkan penerbangan serupa yang menggunakan pesawat Boeing 747.
“Faktor muatan A380 untuk penerbangan dua minggu pertama ini ternyata sudah melebihi jangkaan kami.
“Pesawat baru ini menyediakan daya tarikan yang besar dan ini sudah dibuktikan oleh syarikat penerbangan lain yang turut menggunakan A380.
“Kami mahu meraih faktor muatan setinggi mana yang mungkin, namun pada masa sama apa yang lebih penting adalah bagaimana MAS dapat menetapkan harga yang berdaya saing,” katanya pada sidang media menyambut ketibaan pesawat A380 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
Ketibaan rombongan disertai 91 tetamu dan kakitangan MAS, termasuk Ahmad Jauhari disambut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pesawat yang diterbangkan Kapten Norshid Ali itu tiba di KLIA kira-kira jam 10 pagi selepas membuat penerbangan terus 12 jam dari Toulouse.
Ia akan membuat penerbangan sulungnya, MH2 dari KLIA ke London malam esok dan penerbangan sulung MH3 dari London ke KLIA keesokannya.
Pada majlis semalam, MAS turut melancarkan Lounge Kelas Pertama dan Perniagaan Antarabangsanya yang baru dinaikkan taraf.
MAS adalah syarikat penerbangan kelapan dunia yang menggunakan pesawat A380, yang dianggarkan bernilai AS$390 juta (RM1.2 bilion) setiap unit.
Syarikat penerbangan kebangsaan itu akan menerima lima lagi pesawat jenis itu sehingga Mac tahun depan.
Ahmad Jauhari berkata, MAS akan membuat keputusan berhubung destinasi serta tempoh kekerapan penerbangan bagi lima lagi pesawat itu pada suku ketiga ini.
“Kami sudah menghantar kertas cadangan, termasuk kepada Lapangan Terbang Narita di Jepun, dan lapangan terbang di China. MAS dijadualkan akan membuat pengumuman pada akhir suku ketiga ini,” katanya.
Pesawat A380 yang pertama itu dikhususkan untuk penerbangan ke London dengan kekerapan tiga kali seminggu.
Sementara itu, pesawat kedua yang dijadualkan tiba bulan depan akan membuat penerbangan harian ke London, dengan penerbangan sulungnya dijangka pada 25 Ogos ini.
Ahmad Jauhari berkata, ketibaan pesawat baru yang merendahkan usia angkatan pesawat MAS itu juga memberi isyarat bermulanya tahap produk dan pengalaman baru kepada penumpangnya.
“Ini sebahagian inisiatif pembaharuan angkatan pesawat untuk menurunkan purata usia pesawat kami, yang kemudian akan menghasilkan pengurangan kos dengan ketara,” katanya.

Read more...





Keputusan Piala Suzuki AFF-Video: Malaysia 0 Singapura 3


Piala AFF Suzuki 2012
Tarikh : 24 November hingga 22 Disember 2012
Venue : Stadium Rajamangala di Bangkok dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Sumber >> Piala AFF Suzuki 2012 | Jadual dan Keputusan | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com

 Malaysia memulakan misi mempertahankan Piala AFF Suzuki dengan bertemu pasukan Singapore dalam saingan kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berikut adalah keputusan perlawanan Malaysia vs Singapore.

Separuh masa pertama - Juara bertahan, Malaysia ketinggalan 0-2 dalam perlawanan Piala Suzuki AFF Kumpulan B menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kedua-dua gol Singapura dijaringkan oleh Shahril Ishak masing-masing pada minit ke-31 dan ke-37.

Separuh masa kedua - Singapura menambah gol ketiga menerusi pemain gantian, Aleksandar Duric pada minit ke 74'.

Walaubagaimanapun keputusannya memihak kepada Singapura hingga ke minit akhir.Malaysia kecundang 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.Namun, apakah komen dari coach K.Rajagopal dengan kekalahan kali ini.Kita sama2 tunggu dan lihat saja.....

 Kedudukan Carta Kumpulan B
*Singapore -3 mata
*Indonesia -1 mata
*Laos -1 mata
*Malaysia -0 mata

Bagi pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, beliau mengakui sudah cukup ‘masak’ dengan rentak permainan Singapura yang dibimbing Radojko Avramovic
Begitupun, Rajagobal lebih cenderung untuk memberikan perhatian kepada corak permainan anak-anak buahnya berbanding memikirkan taktikal Singapura bekas juara tiga kali Piala Suzuki AFF


Read more: http://www.enciknakal.com/2012/11/keputusan-malaysia-vs-singapura-piala-aff-suzuki-2012.html#ixzz2DBp0nXBe

Read more...





Sunday

Sejarah Negeri Kelantan


bendera
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.

lambang
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Read more...





Friday

Bantu kurang kesesakan di Kuala Lumpur

Pembukaan persimpangan bertingkat di Jalan Tun Razak menghubungkan Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin dijangka dapat mengurangkan 40 peratus kesesakan di kawasan itu.
LEPAS...Raja Nong Chik melepaskankenderaan melalui persimpangan bertingkat terbabit,
Persimpangan bertingkat dengan kos pembinaan bernilai RM60 juta itu yang mula dibina pada 19 April 2007 mengalami beberapa masalah sehingga berlaku kelewatan daripada tarikh asal sepatutnya disiapkan iaitu pada 18 Ogos 2009.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, walaupun berlaku sedikit kelewatan namun atas kesungguhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta syarikat System Engineering dan Construction Sdn Bhd, ia berjaya disiapkan pada 14 September lalu.
Menurutnya, kelewatan itu disebabkan kelulusan yang perlu diperoleh daripada pihak Smart kerana ia dibina di atas terowong Smart, masalah pengalihan kemudahan utiliti seperti kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Syarikat Telekomunikasi serta pengalihan paip air Syabas.

Katanya, dengan pembukaan secara rasmi persimpangan bertingkat itu akan membawa banyak kemudahan kepada pengguna dan menjadikan jajaran sistem aliran trafik lebih kemas serta tersusun.

“Kenderaan yang melalui Jalan Cheras sudah mencapai tahap maksimum sehingga diberi jolokan ‘Cheras Crawl’. Pembinaan jejambat ini meyakinkan kita dapat mengurangkan kesesakan dan seterusnya memudahkan pengguna jalan raya,” katanya selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat itu.-hmetro221102
Read more...





Wednesday

Royalti minyak Kelantan

Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion

AKTAPETROLEUM1974
Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.[2]
Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum. Isu tuntutan royalti menjadi bahan ceramah parti PAS menjelang Pilihan raya kecil Manik Urai 2009 pada 14 Julai 2009.[3]Sebenarnya tiada diskriminasi terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu sebagaimana Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.[4]
Pada 8 Julai 2009,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan untuk lebih kredibiliti, Kabinet membuat keputusan biarlah Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangannya

 

JANGKAUAN SEMPADAN
3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.
Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga raya, Pelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak. 3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu kerana bersempadan dengan negara Thailand.[5]
 

EKSPEDISI PELANTAR MINYAK
Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali (50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS' Amerada Hess. Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla. Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi pengeluaran pada 2004. Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar), terletak di 450 km dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan 750 km dari Bangkok, Thailand, di utara Lembangan Melayu. Pelantar Cakerawaka -3 boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan 9,814 kaki.[6] Paip gas sepanjang 350 km disambungkan terus ke negeri Kedah . Pembinaan saluran paip gas agak terlewat kerana mendapat bantahan aktivis alam sekitar
Pada 4 Ogos 2009, rombongan disertai oleh Dato' Husam Musa,Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar,Dato' Kamarudin Jaffar dan Saifuddin Nasution Ismail dan lain-lain pergi dengan 3 buah bot ke pelantar minyak Cakrawala.Tengku Razaleigh Hamzah bekas pengerusi pertama Petronas menggesa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.[7] Tujuan kerajaan Kelantan itu bagi memastikan kedudukan sebenar pelantar minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya . Ia turut disertai beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur perunding, petugas media dan blogger


KAKUS PARLIMEN
Pada 24 November 2009, pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974. Terdapat kekaburan tafsiran tentang 'isu wilayah' dan 'sempadan luar pantai' sesebuah negeri

DOA SAMPAI PECAH PERUT
Dalam blog Nik Abdul Aziz, beliau menyeru seluruh rakyat doa kemusnahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Royalti minyak Kelantan yang dibayar dalam bentuk wang ehsan melanggar prinsip keadilan asasi.
Pada 1 Disember 2009, sekumpulan penyokong Umno mengadakan bantahan terhadap doa musnah oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Demonstrasi diadakan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan ini mendesak menteri besar letak jawatan.
Pada 4 Disember 2009, perhimpunan balas diadakan di Jalan Dato' Pati selama sejam, bermula jam 10 pagi , sejurus selepas kuliah mingguan Nik Abdul Aziz di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan. Mereka memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru".Turut hadir ialah Datuk Husam Musa dan Dr Rosli Alani Abdul Kadir. Mereka membawa sepanduk bertulis "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah). Berdoalah sehingga orang itu pecah perut . Nik Aziz juga pernah menyindir peserta minum arak dalam pesta minum arak sampai pecah perut. [10] Pepatah Melayu ada menyatakan, 'Jangan panjat pokok pisang, nanti pecah perut'.

PIDATO ROYALTI MINYAK
Pada 28 Januari 2010, pidato royalti minyak akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV Kota Bharu. Turut memberikan pandangan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat.
Ketika itu, Tengku Razaleigh mewakili Petronas berjanji untuk membayar 5 % royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan Kelantan.Tengku Razaleigh akan mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.



Read more...





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Apple TM ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

About