Pages

o

o

Saturday

Belanjawan 2013 - Pendidikan

 Ringan beban ibu bapa




KUALA LUMPUR: Memudahkan pembelajaran, melahirkan generasi berkaliber dan meringankan beban.
Itu reaksi ibu bapa yang menyambut baik inisiatif kerajaan mengutamakan pendidikan dalam usaha mentransformasikan negara ke arah masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi menerusi Belanjawan 2013.
Kakitangan swasta, Abu Bakar Omar, 40, berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan apabila konteks pendidikan menjadi antara fokus utama Belanjawan 2013.

“Langkah itu untuk kebaikan semua pihak bukan saja pelajar tapi juga ibu bapa terutamanya mereka yang ada anak ramai dan masih bersekolah.

“Penyediaan peralatan sekolah termasuklah buku dan kekalkan RM100 untuk semua pelajar sekolah menengah dan rendah, ia memudahkan pelajar belajar dengan selesa dan meringankan beban ibu bapa untuk menyara anak sekolah,” katanya.

Penjawat awam, Normah Yaakob, 56, berkata khabar gembira kerajaan memfokus ke arah pendidikan itu umpama anugerah yang tidak ternilai.

“Saya ada lima anak yang masih bersekolah rendah, menengah dan peringkat universiti. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi di kota menyebabkan ada ibu bapa yang terpaksa bekerja keras mencari pendapatan untuk menyara anak-anak.

“Selalunya saya akan mengambil berat keperluan pendidikan anak-anak yang masih belum cukup bukan saja bahan rujukan tapi juga pakaian sekolah. Inisiatif kerajaan itu meringankan beban saya untuk menyara persekolahan mereka,” katanya.

Kakitangan awam, Nadia Ishak, 35, berkata berdasarkan kemudahan yang diberikan pihak kerajaan ia dapat membantu melahirkan generasi berpendidikan tinggi dan berkaliber di masa akan datang.

“Peruntukan belanjawan khususnya dari segi pendidikan ternyata menggalakkan lagi pelajar menuntut ilmu di mana kelengkapan peralatan mereka belajar cukup dan mudah. Malah penambahan guru di sekolah pra sekolah misalnya dapat melahirkan pelajar berkaliber dan berjaya pada masa akan datang.

“Pelajar sekarang ini pun sudah pandai, kita masih perlukan guru yang lebih pandai supaya para pelajar mendapat pendidikan sebaiknya,” katanya.

sumber - HARIANMETRO







No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Apple TM ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

About