New York: Apple Inc dikatakan sedang membangunkan televisyen yang akan
didatangkan dalam dua saiz, 47 dan 55 inci sekali gus dijangka menjadi
peranti yang paling dihajati sebagai hadiah menjelang musim perayaan
hujung tahun depan.
Gene Munster dari Piper Jaffray,
penganalisis Apple, dengan beberapa kejayaan jangkaan lampau berhubung
syarikat itu, minggu ini dalam satu nota pelabur menyatakan beliau
percaya Apple akan melancarkan televisyen menjelang suku ketiga tahun
depan yang akan membabitkan pelbagai ciri tambahan.
Dalam
nota yang diterbitkan semula dalam blog Apple Insider, beliau berkata:
“Kami menjangkakan rekaan yang cantik menjadi ciri utama, tetapi ciri
yang lebih penting adalah kebolehan menggunakan televisyen itu dengan
pelbagai peranti.
Katanya, televisyen 47 inci itu akan
dijual pada harga AS$1,500 (RM4,586) dan model 55 inci, AS$2,000
(RM6,115) apabila ia mula berada di pasaran November tahun depan.
Ia adalah khabar angin terbaru, beberapa minggu ini mengenai kemungkinan kemasukan Apple dalam pasaran televisyen.
Peringkat akhir
Minggu lalu, bank pelaburan Jefferies & Co mendakwa bahawa
syarikat itu sudah pada peringkat akhir menyiapkan televisyen itu.
Namun, pemeriksaan lanjut hanya dapat mengesahkan bahawa Apple memang
sedang berhubung dengan beberapa pengendali televisyen kabel mengenai
produk berkaitan televisyen.
Menurut Wall Street Journal,
sumber berita pertama yang mempunyai jangkaan tepat terhadap iPad Mini,
menyatakan produk itu akan menjadi imaginasi semula Apple TV.
Peranti itu kini membolehkan pengguna melayari kandungan daripada
mana-mana peranti Apple hingga kepada televisyennya, namun ia percaya
bahawa kesemua model baru kini dalam perancangan akan turut menyediakan
fungsi seperti set kotak atas dengan gaya navigasi Apple dan paparan
muka serta kemampuan untuk menghentikan dan mengulang siaran langsung
televisyen.
Sementara itu di Ottawa, Kanada, saham Research
In Motion (RIM) pengeluar telefon pintar BlackBerry yang juga antara
pesaing Apple, melonjak lebih 15 peratus selepas pelabur positif dengan
tinjauan masa depan syarikat itu terutama berkaitan pengenalan produk
baru.
Lancar peranti baru
Kris
Thomson dari National Bank Financial meningkatkan harga sasaran RIM,
dengan menaruh saham itu akan naik ketika momentum meningkat bagi
pelancaran sistem operasi baru Blackberry 10 dan dua telefon pintar
baru.
Penganalisis Jefferies & Co, Peter Misek
menggandakan sasaran harganya kepada Can$10 (RM30.70) dengan menyatakan
penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu yang sedang menguji peranti
baru itu mempunyai lebih banyak pandangan positif mengenai BB10
berbanding jangkaan.
Peranti terbaru RIM ditumpukan bagi
meraih kembali momentum berbanding telefon pintar Apple dan telefon
lain yang menggunakan sistem operasi Google Android.
Misek berkata, jumlah pengguna global RIM turun kepada kepada lebih 80
juta bagi suku sebelum ini, mengukuhkan laporan tindakan syarikat besar
dan pelanggan kerajaan bertukar kepada iPhone Apple. - AFP
Monday
Apple bakal lancar televisyen akhir 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment