Pages

o

o

Saturday

Cara Membuat Budu Cara Membuat Budu


Bahan-bahan
-1 kg ikan bilis

-Garam kasar secukupnya
-Segenggam asam jawa (isi sahaja)
-Nisæ/gula melaka/manisan


 Cara-cara
  1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
  2.  Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian
  4. Masukkan nisæ/gula melaka dan gaul rata.
  5. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi.Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
  6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau
  8. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dalam peti sejuk.

Petua:
Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Apple TM ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

About