Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar
oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah. 2. Mengawal makanan.
Tahukah
anda mengamal
minum secawan air teh "O" setiap
pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda
mengamalkannya, berat badan anda
akan berkurangan. (memang terbukti
keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan
spt:-
1. Mandi Pagi sebelum
subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang
meresap kedalam
badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2.
Rasulullah mengamalkan minum segelas
air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah
nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh
disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu
kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah.
dengan bersujud makan darah akan
mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang
kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut. Nabi
pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil
yang boleh merosakkan usus kita.
5.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat
jari. Begitu juga ahli saintis telah
menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10
kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzime sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )
Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001 - 33% orang dewasa - 2.6
juta berumur 30 thn - 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup
Sebab : - 85 - 90% faktor
keturunan - 40% faktor ahli keluarga terdekat - 23% garam berlebihan
BAGAIMANA TEKANAN
DARAH TINGGI DITAKRIFKAN
KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN
Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa
semula dlm masa 2 thn
Normal Tinggi 130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup
Hipertensi
Peringkat 1 140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
Peringkat 2 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan;
mulakan rawatan dlm masa sebulan
Peringkat 3 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
Peringkat
4 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera
GEJALA-GEJALA YG BIASA 1.
Mengalami pitam 2. Penglihatan kabur 3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress) 4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan 6. Sakit Kepala waktu pagi 7. Telinga Berdegung / berdesing 8. Perasaan
gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil 9. Gayat tanpa sebab
TANDA AMARAN KRONIK
Serangan
Iskemia Sementara (TIA) * "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian
otak. * Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar. * Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat
- bekalan ke otak tidak mencukupi. * Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%. *
Gejala;
lemah badan, rasa berdenyut, kebas
tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan,
kebingungan, vertigo,
tidak seimbang, koodinasi kurang
baik.
2 JENIS STROK ASAS
'Strok trombik' (serangan jantung ke otak) *
Saluran darah yg membekalkan darah
ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah
bergumpal di dalam
saluran darah) * Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah' * Pendarahan
di otak akibat kepecahan anerisme * (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah) *
Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.
AMALAN
DIET 1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus. 2. Jangan makan daging proses:
Hot Dog, burger, bebola daging... 3. Jangan makan sayur dalam tin. 4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging,
makanan segera. 5. Hadkan Kafein: kopi, rokok... 6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa. 7. Awas lemak tersembunyi:
santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...
MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI 1.
Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak. 2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit... 3. Kekacang, soya, dal dan
dll... 4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang 5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...) 7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang,
sekali kala goring.
UBAH GAYA HIDUP * Pil perancang * Rokok *
Alkohol * Ketegangan (Stress) * Amalkan Senaman
Perut punca segala penyakit
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Anda
kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak
selesa di bahagian perut? Awas! Ia
mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda.
Seperti mana Sabda
Rasulullah s. a. w, maksudnya:
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok
dari segala pengubatan."
(Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma'idah
dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa
Inggerisnya disebut
stomach. Merupakan salah satu dari
organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau
sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu
berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda
Rasululluh
s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor
lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah
keseluruhan tubuh
lalat tersebut ke dalam minumanmu
tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya
pada salah satu sayapnya
mengandung ubat dan pada sayap yang
lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti
isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda
Rasulullah s. a. w, maksudnya:
"Bersiwaklah (menggosok gigilah)
kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan
mulut dan Allah redha
kepadanya. Setiap kali Jibril datang
kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh
itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari
dari segala penyakit yang berbentuk
kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.
a. w iaitu berpuasa
merupakan sebaik-baik pencegahan dan
pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu
menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)
|
|
No comments:
Post a Comment