Pages

o

o

Saturday

Sejarah Kereta Proton


Pastinya, ramai yang menggunakan kereta Proton, tetapi tidak mengetahui sejarah Proton. Untuk pengetahuan semua, PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
  1. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  2. Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  3. Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.
Pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga yang pertama telah dikeluarkan. Kereta Proton telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta penumpang di Malaysia dan juga di luar negara sejak tahun 1990.







No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Apple TM ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

About