Pembukaan persimpangan bertingkat di Jalan Tun Razak
menghubungkan Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin dijangka
dapat mengurangkan 40 peratus kesesakan di kawasan itu.
LEPAS...Raja Nong Chik melepaskankenderaan melalui persimpangan bertingkat terbabit, |
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, walaupun berlaku sedikit kelewatan namun atas kesungguhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta syarikat System Engineering dan Construction Sdn Bhd, ia berjaya disiapkan pada 14 September lalu.
Menurutnya, kelewatan itu disebabkan kelulusan yang perlu diperoleh daripada pihak Smart kerana ia dibina di atas terowong Smart, masalah pengalihan kemudahan utiliti seperti kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Syarikat Telekomunikasi serta pengalihan paip air Syabas.
Katanya, dengan pembukaan secara rasmi persimpangan bertingkat itu akan membawa banyak kemudahan kepada pengguna dan menjadikan jajaran sistem aliran trafik lebih kemas serta tersusun.
“Kenderaan yang melalui Jalan Cheras sudah mencapai tahap maksimum sehingga diberi jolokan ‘Cheras Crawl’. Pembinaan jejambat ini meyakinkan kita dapat mengurangkan kesesakan dan seterusnya memudahkan pengguna jalan raya,” katanya selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat itu.-hmetro221102
No comments:
Post a Comment