KUALA
LUMPUR – Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi
‘temuduga’ yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal Rabu
di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil risikan
polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol
bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada
2 pagi ketika sedang tidur.
Beliau
berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan
dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.
Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi
mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa
mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.
“Dia akan bagi alasan tak
bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Inisemua bagi mengelakkan
namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga
diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan
sebagainya,” katanya.
Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.
Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang
sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan
modus operandi yang digunakan.
“Namun kita percaya suspek
terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan
mangsa,” katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa
lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
Beliau
berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes
disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing
atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. – BERNAMA
LEPAS NIE KPD PEREMPUAN TU HATI2 LA YER.. KALAU PERGI TEMUDUGA BAWAK LA TEMAN, JANGAN PERCAYA PANGGILAN TEMUDUGA DARI TELEFON, FACEBOOK, DAN DUNIA INTERNET NIE.. SILA SEBARKAN SEBAGAI PENGAJARAN
Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.
“Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Inisemua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya,” katanya.
Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.
Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.
“Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa,” katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment