Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan
mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri
mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan
Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran
pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion
AKTAPETROLEUM1974
Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5
peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak
yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.[2]
Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion
daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan
negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil
perolehan petroleum. Isu tuntutan royalti menjadi bahan ceramah parti
PAS menjelang Pilihan raya kecil Manik Urai 2009 pada 14 Julai 2009.[3]Sebenarnya
tiada diskriminasi terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu
sebagaimana Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu
peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.[4]
Pada 8 Julai 2009,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan untuk lebih kredibiliti, Kabinet membuat keputusan biarlah
Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan
perundangannya
JANGKAUAN SEMPADAN
3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan
atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa
kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.
Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga raya, Pelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua
nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat
Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak.
3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu
kerana bersempadan dengan negara Thailand.[5]
EKSPEDISI PELANTAR MINYAK
Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali
(50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd
gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS' Amerada Hess. Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla.
Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi
pengeluaran pada 2004. Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar),
terletak di 450 km dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan 750 km dari Bangkok, Thailand, di utara Lembangan Melayu.
Pelantar Cakerawaka -3 boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah
setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API
graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan
9,814 kaki.[6] Paip gas sepanjang 350 km disambungkan terus ke negeri Kedah . Pembinaan saluran paip gas agak terlewat kerana mendapat bantahan aktivis alam sekitar
Pada 4 Ogos 2009, rombongan disertai oleh Dato' Husam Musa,Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar,Dato' Kamarudin Jaffar dan Saifuddin Nasution Ismail dan lain-lain pergi dengan 3 buah bot ke pelantar minyak Cakrawala.Tengku Razaleigh Hamzah bekas pengerusi pertama Petronas menggesa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.[7]
Tujuan kerajaan Kelantan itu bagi memastikan kedudukan sebenar pelantar
minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya . Ia
turut disertai beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai
kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur
perunding, petugas media dan blogger
KAKUS PARLIMEN
Pada 24 November 2009, pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyatakan kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta
Pembangunan Petroleum 1974. Terdapat kekaburan tafsiran tentang 'isu
wilayah' dan 'sempadan luar pantai' sesebuah negeri
DOA SAMPAI PECAH PERUT
Dalam blog Nik Abdul Aziz, beliau menyeru seluruh rakyat doa kemusnahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Royalti minyak Kelantan yang dibayar dalam bentuk wang ehsan melanggar prinsip keadilan asasi.
Pada 1 Disember 2009, sekumpulan penyokong Umno mengadakan bantahan
terhadap doa musnah oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Demonstrasi
diadakan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz
memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan ini mendesak menteri besar letak jawatan.
Pada 4 Disember 2009, perhimpunan balas diadakan di Jalan Dato' Pati
selama sejam, bermula jam 10 pagi , sejurus selepas kuliah mingguan Nik
Abdul Aziz di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan. Mereka memakai
lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru".Turut
hadir ialah Datuk Husam Musa dan Dr Rosli Alani Abdul Kadir. Mereka
membawa sepanduk bertulis "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong
Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah).
Berdoalah sehingga orang itu pecah perut . Nik Aziz juga pernah
menyindir peserta minum arak dalam pesta minum arak sampai pecah perut. [10] Pepatah Melayu ada menyatakan, 'Jangan panjat pokok pisang, nanti pecah perut'.
PIDATO ROYALTI MINYAK
Pada 28 Januari 2010, pidato royalti minyak akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV Kota Bharu. Turut memberikan pandangan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat.
Ketika itu, Tengku Razaleigh mewakili Petronas berjanji untuk membayar 5 % royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak
dibawa keluar dari perairan Kelantan.Tengku Razaleigh akan mencerita
bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi
Kelantan, Petronas dan Malaysia.
Wednesday
Royalti minyak Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment